Sunday 11 January 2015

Fesyen Artis Wanita Baru Paling Mengejutkan Pada Anugerah Skrin 2014 Lepas !!! ( 4 GAMBAR )


Anugerah skrin 2014 telah mempertaruhkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal...




Anugerah skrin ASK 2014 ini adalah kali yang ke-15.anugerah skrin 2014 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan...

Tahun ini, ASK 2014 telah memilih tema elegan dan klasiksebagai konsep keseluruhan untuk persembahan malam...







SUMBER : http://tengokberitatv3.blogspot.com


Punca Sebenar Kenapa ROZITA CHE WAN Sentiasa Memakai Pakaian Ketat Mengikut Ukur Lilit Badan !!!


Rozita Che Wan merupakan salah seorang selebriti yang paling menjadi perhatian orang ramai dan popularitinya mengatasi artis-artis senior yang lain.

Apa sahaja perkembangan yang berkaitan diri dan keluarga Che Ta pasti akan menjadi viral di laman sosial. Malah tidak kurang juga yang suka mencaci dan meluahkan rasa meluatnya mereka.

Nah.. antara isu yang pernah hangat diperkatakan mengenai aktres jelita ini ialah penampilannya yang sering memakai gaun dan busana ketata mengikut bentuk badan.

Punca sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat - Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya....

Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.

Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang s3ksi....

Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat mengikut bentuk badan bukan sahaja dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan malah dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pengambilan kuantiti makanan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita...."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh...."



SUMBER : blog-pencuri


Update Status Di FACEBOOK Sebelum Gantung Diri Akibat Kecewa Dengan Sikap Teman Wanita !!!



Oleh kerana kecewa dengan teman wanita, seorang lelaki bertindak drastik dengan mengantung diri sendiri di rumah nya.. berikut adalah status terakhir dari Arwah....

Dengan orang lain maybe aku main2 tapi dengan dia aku serius. now aku dah buat silap. serius aku tak sanggup. aku sayang dia sangat- sangat.. dia lain dari yang lain.. sayang, permintaan terakhir abang, kalau abang mati nanti, abang nak sayang datang melawat jenazah abang. itu je cukup buat abang happy. thankss.. hati abang just for u sayang.. #dear Allah, please died me tonight.....

Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat.....


SUMBER : http://www.myberitaharian.com


TERKINI!! Selepas Beberapa Jam - Alyah Akhirnya Nafikan Suaminya Berkahwin Lain


Ini perkembangan terbaru yang kami terima!

Selepas beberapa jam pengakuan Alyah mengenai suaminya Ramli MS kahwin lain pada Berita Harian, tiba-tiba Alyah menafikan pula berita tersebut. Dakwa penyanyi itu, dia post gambar tersebut kerana sudah tidak mampu mengawal emosinya.

"Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.

"Yang saya ucapkan pada sesiapa yang menghubungi saya untuk di temu bual adalah. Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya. saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan Tu.


"Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yang besar. Tapi janganla memanipolasi kan cerita saya. sampai semuanya jadi tidak Benar," ujarnya melalui laman Instagram sebentar tadi.

Dalam hal ini, siapakah yang telah memanipolasi siapa? Allahualam.






(3 Gambar) Apabila KJ Beri respon Berkenaan Gadis Melayu Dipeluk Dan Dicium Mat K-pop


Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."


Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.


Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli




ALYAH KINI BERMADU - RAMLI MS KAHWINI SITI HAFILAH !!!

Patutlah laman sosial Penyanyi Alyah sejak kebelakangan ini kata-katanya kelihatan seperti sedih dan seperti mahu mengetengahkan sesuatu yang tersembunyi. Rupa-rupanya, ada benda besar yang mahu disampaikan oleh penyanyi itu...

Dan hari ini, Alyah mengakui yang suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin lagi dengan wanita lain. Kira dia kini hidup bermadu !!!

Malah menerusi laporan Berita Harian hari ini, Alyah memberitahu yang dia sudah menghidu lama tentang berita perkahwinan suaminya. Difahamkan, madunya itu bernama Siti Hafilah Che Kar, dan dia mempunyai bukti bergambar mereka berdua (Ramli & Siti)....


"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tapi baru saja dapat bukti bergambar. Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin"

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," ujar yang dipetik menerusi laman sosialnya....


Selain itu,Alyah turut mendedahkan bahawa Ramli MS selama ini menegah gambar mereka berdua sebagai suami isteri dimuat naik ke Instagram atau diambil bersama. Namun, ia berlainan pula dengan madunya....

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini.... Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?


"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak. Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," luah Alyah lagi...

Untuk rekod, Ramli MS dan Alyah bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013....


Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu...

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu....


Luahan Sedih Seorang Suami Apabila Curang Dengan Adik Ipar...


SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.

Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi.

Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara.

Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar.

Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

 SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru



JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara.

Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah.

Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah.

Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.


Saturday 10 January 2015

9 Wanita Asia Tenggara Yang Paling Cantik Tetapi Masih Solo Dan Hot !!!


Admin tak nak ulas panjang-panjang kepada yang solo anda boleh pilih mana satu gadis pilihan anda dibawah. memang comel dan menawan hihi....




KREDIT : ISUSEMASA.ORG


Bapa Kandung Ditipu 7 Anak RM4 Juta Dan Diabaikan Mereka...


Mempunyai anak yang ramai kini bukan lagi tiket bagi seorang bapa untuk hidup bahagia di usia emas apatah lagi merasai kehidupan serba mewah.

Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang warga emas yang menghidap angin ahmar, Daut @ Kasim Jali, 81, yang terpaksa bekerja sendiri demi menyara kehidupan serta rawatan kesihatan setelah dipinggir tujuh anak kandungnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Daut yang dahulunya mewah sebagai pengusaha tiga stesen minyak serta dua ladang sawit dan ternakan ayam masing-masing berkeluasan 2.02 hektar sekitar Melaka, kini ibarat kais pagi makan pagi apabila wang simpanannya serta deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM900,000 turut lenyap akibat ditipu oleh anak kandungnya.

Menurut Daut, aset yang bernilai lebih RM4 juta itu telah diagih-agihkan kepada tujuh anak*nya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan secara berperingkat sejak tahun 70-an.

“Saya usahakan semua sejak berpuluh tahun namun, akhirnya saya tidak mendapat apa-apa.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya malah, nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya dengan pendapatan yang tidak seberapa sedangkan kos rawatan kesihatan tinggi.

“Saya terpaksa bekerja bersama rakan kongsi dengan menyewa tapak reban ayam di Rembau, Negeri Sembilan walaupun sakit, demi menampung perbelanjaan,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin dan Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya, Sofiah Ngah, 77.

Kata Daut, ketika dalam kea*daan sakit dan tidak berfikiran waras, dia telah diperdaya oleh salah seorang anaknya dengan menukar segala hak milik pega*ngan saham syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise ke atas nama anaknya itu.

Ini termasuklah ladang ternakan ayam daging, sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000 serta akaun simpanan semasa syarikat itu bernilai RM100,000.

Selain itu, Daut turut kehilangan deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000.

Kata Daut, kini dia hidup menumpang kasih dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Rokiah, 63, serta tujuh anak tirinya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut berkata, dia kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya selain hasil perniagaan ladang ayam yang dikira dari jumlah anak ayam yang masuk ke reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adli berkata, kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 20 Januari ini pukul 9 pagi. ─ Utusan Malaysia


(6 Gambar + Video) Gading Cun Bertudung Rela Dicium Artis Kpop Terima Kritikan Teruk Dari Netizen..


Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.

Difahamkan,  gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.


Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu.


Berikut adalah gambar-gambar yang tersebar di Internet yang mencetuskan perdebatan mengenai perkara ini.




Satu video yang memaparkan aksi yang sama juga turut tersebar secara meluas di Internet.


Rasanya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia. Bukan apa, tapi, kegilaan terhadap Kpop dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan muda-mudi Malaysia terutamanya golongan wanita. - Siakapkeli


12 Gambar Kandungan Terkini Almy Nadia Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...


“Saya teringin sangat nak makan buah kundang. Sebelum ini nak makan telur penyu sudah dapat tapi untuk dapatkan buah kundang, sehingga sekarang masih tidak jumpa,” kata Almy Nadia yang kini sarat mengandung lapan bulan.

Selain menumpukan perhatian kepada kandungan, Almy Nadia dalam masa yang sama juga kini menguruskan jadual suaminya sepenuh masa.

“Buat masa sekarang saya berhenti sekejap daripada berlakon. Selepas lahirkan anak, saya akan mula kembali berlakon seperti biasa,” katanya lagi sambil menyatakan mahu kembali amalkan diet dan menjaga badan selepas bersalin kelak.

Sepanjang proses kehamilannya itu, Almy juga telah membongkarkan satu peristiwa yang agak ganjil dan menakutkan diri serta suaminya sendiri apabila suatu malam ketika berada keseorangan di rumah dia telah ditegur oleh suatu makhluk halus yang boleh dikatakan sebagaipontianak semasa berada di biliknya.

Walaubagaimanapun, Almy ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk terbabit sehinggalah dia mengalami bengkak-bengkak di bahagian tangannya.

“Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja”

“Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya ‘ditegur’ oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya,” tambahnya.-rotikaya














11 Gambar Cun Melecun Kekasih Fad Bocey Yang Pasti Membuatkan Ramai Lelaki Cemburu...


Nursyaheera itulah nama kekasih hati Fad Bocey. Gadis ini baru dikatakan baru berumur 21 tahun. Muda, cantik dan cun pilihan hati Fad Bocey ini.

Fad Bocey sudah mula memuatnaik gambar mereka bersama di laman sosial miliknya.

Antara gambar paling sweet adalah gambar mereka berdua bermain ice skating sambil berpegang tangan.

Bocey merupakan salah satu peserta Maharaja Lawak Mega dan sememangnya antara peserta yang memberi saingan yang kuat. Bocey terdiri dari Abam, Fad dan juga Achey.

Jom layan gambar gadis bernama Nursyaheera yang dikatakan kekasih Fad Bocey ini.













sumber : hotlips yuya