Sunday 11 January 2015

Filled Under:

(3 Gambar) Apabila KJ Beri respon Berkenaan Gadis Melayu Dipeluk Dan Dicium Mat K-pop


Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."


Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.


Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli






0 comments:

Post a Comment